Gratisan Musik
...Yusuf Islam - My Mother... everydaysantai

Monday, August 15, 2011

AMAL JARIAH - bagaimana beramal walaupun dah mati?

Assalamualaikum,
haaa.. malam ni titiba rasa nak update blog ah. nak buat entry ape pun still xtahu. aku mendoakan korang sume sehat2 lah yee.. pastu di bulan Ramadhan nie banyak2kanlah amalan sementare kita masih mempunyai nikmat kesihatan.

Diriwayatkan ada seorang bertemu sahabat Nabi SAW iaitu Abu Darda’ R.A yang ketika itu sedang menanam pokok. Lelaki itu bertanya kepada beliau: ” Wahai Abu Darda’, mengapa engkau tanam pokok ini padahal engkau sudah terlalu tua. Sedangkan pokok ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk mengeluarkan hasil?.” Jawab Abu Darda’: ” Bukankah aku yang akan memetik pahalanya dikala orang lain memakannya?.” Jawapan Abu Darda’ R.A itu bertepatan dengan satu lagi sabda baginda SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
" Tiada seorang muslim pun yang menanam tanaman atau menaburkan benih kemudian dimakan oleh burung atau manusia melainkan dia itu baginya (pahala) sedekah.

pelaburan.. ape itu pelaburan? kalau bercakap pasal pelaburan mesti kita ingat melabur duit banyak2 untuk mendapatkan hasil pulangan yang berlipat kali ganda. kan2? haaaa.. dalam islam pun ade pelaburan tao!! kita manusia nie, payah benor nak buat mende baek. kalau mood tgh baek mcm2 mende baeklah yag dibuatnya. Alhamdulillahhh... kalau mood tgh jahat? xtao r tuh.. hehe

mcm mane nak buat pelaburan dalam islam nie? haaaa..

1) sedekah jariah...
ini pelaburan yang paling senang bagi aku. kalau korang dgr je masjid ke surau ke ape2 lah yang mintak derma nak buat pembinaan masjid ke nak renovate ke... sedekah lah cepat2... ini diesebabkan setiap kali org masuk kedalam masjid tu, korang akan mendapat saham pahala kerana mendirikan masjid tuh. haaaa.. best gile kan??? kalau xmampu nak sedekah duit, sedekah la tenaga. tp skrang nie mcm dah xder jek org sedekah tenaga. zaman2 para sahabat ade la kot. sbb zaman tu dgr je masjid nak bina, mmg rebut2 org nak bergotong royong bina masjid nie. haaaa.
banyak lagi sedekah jariah nie, sedekah Al-Quran bolee.. selagi Al-Quran tu digunakan, selagi tu la korang dapat saham pahalanya. sedekah sejadah, kipas, alat pembersih nak bersih2 surau2 masjid2, alatan dapur ker.. kan selalu masjid buat makan2. fikir2kanlah yer.. tp yang paling aku suke la kan. sedekah karpet masjid tuh. atau sedekah masjid terus!!! perghhhh... kalau mampu banyak2kan lah amalan mcm nie yerr...

2) anak yang soleh...

ini untuk yang dah kawin, kalau ada anak tu. didik la anak korang elok2. yang belom kawin nie setting la awal2. nnt didiklah anak2 korang jadi anak soleh. anak ni die agak berat sket. kalau anak soleh kita akan mendapat untung berkali kali ganda!!!! waaaa.. tpppp.... kalau anak tu bukan anak soleh, kita akan mendapat kerugian yang amat2lah besarrr... KERUGIANN!!!.

(anak xsoleh).. kalau anak perempuan, parents tanggung dosa anak perempuan nie sampailah die kawin. bile kawin dose die suami die plak yang tanggung. kalau anak lelaki plak, sampai baligh jek. bile baligh dose tu anak lelaki die tanggung sendiri. cube korang bayangkan, bile korang buat sesuatu dosa. mak ayah korang yang tanggung tao.. korang xtutup aurat 24/7 la katekan. bkn perempuan je ni. lelaki punn.. maka 24/7 la mak ayah korang tanggung dose. kalau nak ckp, mmg panjang lagi laa.. so laen kali aku buat entry laen. hehe..

(anak soleh).. bayangkan lah. anak soleh nie die akan mendatangkan pulangan pahala yang banyak!!! apabila anak2 korang buat amal jariah, contohlah, anak korang sedekah masjid kan. setiap kali org guna masjid tu, bukan stakat anak korang je yang dapat pahala tu, korang pun dpt.. best kan? ni satu fact aku nak kongsi la. kalau kita hafal 1 Al-Quran (penghafiz) kita dapat menyelamatkan 10 org yang kita sayang dari seksa kubur. betapa besarnya khasiat anak soleh nie.. sbb tu la mak bapak kita nie jaga kita elok2. so kita haruslah balas dgn baek ape yang dyowg buat nie. :)

3) ilmu yang diamalkan.

lastly, malas la nak karang panjang2 plak. hehe.. ilmu yang diamalkan nie mcm niee.. bila kita ajar seseorg ilmu yang berguna, then dyowg praktikkan ilmu tu, secara automatiknya kita dapat pahalaa.. hehehe.. sebab tu la cikgu nie besar pahala die. cube korang bayangkan bile korang belajar seseorg mengaji dari die xpandai sampai la die pandai, so setiap kali die mengaji, korang akan mendapat saham pahala tu. bayangkan la seterusnya die menjadi penghafiz Al-Quran. masuk plak tadarus Al-Quran peringkat dunia!! perghhhh... lagi la bnyk pahala korang dpt kan?? tp korang kene ingattt.. kalau korang ajar seseorg sesuatu ilmu yang salah, setiap kali die ajar org blk ilmu tu, korang akan dapat saham dose tu jgk. so semuanya ada manis dan pahit die.

conclusion die: sape2 yang liat sgt nak buat kebaikan nie. buat la amal jariah kerana ia sebentuk pelaburan.. tp kene ingt, bile nak buat amal nie kene la ikhlas. :)

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang salih yang ditinggalkan, Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir di perjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya (ini berupa wakaf yang berkekalan untuknya)."

Hadith riwayat Ibnu Majah

p/s: amal jariah ni dibalas berlipat kali ganda bila dilakukan di bulan Ramadhan!!! cepatttt!!! sebelum Ramadhan nie habiss!!! heeeee.. =D

Thursday, August 11, 2011

IBU

I love my mother as the trees love water and sunshine
she helps me grow, prosper, and reach great heights.

aku pangil mak aku mama. huhu.. ade org pangil mak die umi. ade mcm2 pangilanlah katekan. ibu, emak, mummy dan mcm2 lah kannn. walau mcm mane pun, insan inilah yang melahirkan kite, so entry aku nie yang awal2 nie, aku nak post pasal mama. specially for my mama yang melahirkan aku dulu pade tahun 1992.. hehe.. =D

so.. kat sini aku nak kongsi sket larr kan pasal ibu nie.. ibu adalah amat2 mulia disisi ALLAH. dulu2 ustad aku selalu pesan "jangan derhake pade ibu bape, terutama skali ibu kite."

kat sini aku kongsi sket la ape spesialnye ibu-ibu kite nie. ni berdasarkan ape aku tahu je la..

1. syurga itu terletaknya dibawah tapak kaki ibu...

kes 1: (seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW)

lelaki: Wahai Rasulullah, saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama ALLAH.

Rasulullah SAW: apakah ibumu masih hidup?

lelaki: Ya

Rasulullah SAW: Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu, di sanalah syurga berada.

-Riwayat At-Thabrani


2. darjat ibu lebih tinggi 3 kali ganda berbanding darjat ayah.

kes 2: (seorang lelaki datang kepada Nabi)

lelaki: Wahai Nabi ALLAH... Tunjuki saya, kepada siapa saya harus berbuat baik untuk mendapatkan manfaat yang sempurna atas amal kebajikan saya?

Rasulullah SAW: Berbuat baiklah kepada ibumu..

lelaki: dan sesudah beliau?

Rasulullah SAW: kepada ibumu..

lelaki: dan sesudah beliau?

Rasulullah SAW: kepada ibumu..

lelaki: Kepada orang lain, siapakah saya mesti berbuat baik pula?

Rasulullah SAW: kepada Ayahmu..

*kat sini nampaklah Rasulullah meninggikan darja ibu 3 kali ganda kerana menyebut ibu sebanya 3 kali sebelum menyebut si ayahnya pula..

p/s: jgn xhormat cakap ayah pulak.. hehehe.. =D


3. this one is from internet, mase aku dok bace2 article pasal ibu ni. aku tertarik dgn pekara ini. jeng jeng jenggg!!!

Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab baginda,"Suaminya."

"Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya."


okeyy.. rasenyer stakat ni la dahulu. tkt panjang2 nnt bosan plak nak bace. biar xder org bace pun. hahaha.. semoga sama2 kita hargai ibu kita malah kaum wanita kerana mereka akan menjadi ibu jugak satu hari nanti. atas rezeki masing2 la kan. ;p


p/s: kepada yang tiada ibu janganlah terkilan. saya memohon sepuluh jari memohon maaf. next time bila ada mood sy buat pasal ayah pulak yee.. ;)

Tuesday, August 9, 2011

Taaruf

Assalammu'alaikum,

Muhammad Hafizie Syahman Bin Roslin nama diberi.
Aku xpandai nak berkata2 nieh,
but diinspirasikan oleh sahabatku yang berblog jugak.
so harap2 dari aku buang masa,
harap2 blog aku nie dpt mendatangkan manfaat kepada semua..
xkira tua atau muda. huhuhu.. ^_^

buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong julukkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolonggg laaaa tunjukkan.. =D